ada ketikanya aku bahagia melihat mereka gembira dan bahagia..keluar bersama, bershoping bersama, makan bersama, bercerita bersama, bergelak ketawa bersama, menangis pn bersama...
tapi jika aku cemburu melihat mereka begitu, berdosakah aku???
apatah lagi, apabila mengenangkan aku, sentiasa sendiri tidak kira dikala gembira atau bahagia, dikala bershoping, tatkala makan, tatkala berduka atau ingat berkongsi rasa....
ada tika nya, aku impikan seperti mereka..agar mereka bahagia apabila melihat aku juga bahagia..tapi adakah peluang aku??sehingga kini, aku tetap begini..seperti mana yang mereka2 ini kenali aku dulu..sehingga mereka sudah tidak bertanya lagi tentang diri aku..kerana dari luaran nya telah menceritakan segalanya...
apakah yang perlu aku lakukan, demi mengecapi peluang itu??
aku hanya mampu terus berdoa dan berdoa agar aku diberi peluang dan kesempatan itu...
No comments:
Post a Comment